Kursus Pengendalian Makanan:
Bahagian 1
Teks : Aliza binti Idris
Foto : Carian Google
Apa itu kursus pengendalian makanan? Adakah ia penting untuk memulakan perniagaan makanan?
Kursus ini wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia. Siapakah mereka yang tergolong di dalam kategori pengendali makanan?
Definisi pengendalian mengikut Akta Makanan 1983 adalah seperti berikut:"
pengendali makanan” termasuklah mana-mana orang yang:
(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan
(c) mengendalikan makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas.
Ini bermaksud semua orang yang terlibat dalam industri makanan seperti chef, tukang masak, tukang hidang makanan, pemandu lori yang membawa makanan, operator pengeluaran makanan di kilang mahupun penyelia wajib patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan wajib untuk menghadiri kursus tersebut. (Sumber daripada laman web Kursus Pengendalian Makanan).
Dalam kursus ini, peserta akan diterangkan tentang beberapa modul utama iaitu :
1. Pengenalan
2. Kebersihan Makanan
3. Keselamatan Makanan
4. Faktor – Faktor Kritikal Keracunan Makanan
Kursus ini dijalankan selama 3 jam oleh penceramah yang bertauliah . Setelah tamat kursus ini, peserta akan diberikan sijil penyertaan.
Monday, 28 September 2015
Pahit Manis Puding Karamel
Pahit Manis Puding Karamel
Teks : Aliza binti Idris
Foto : Aliza binti Idris
Dulu saya tidak tahu bagaimana rasanya puding karamel. Saya berasa teruja untuk cuba membuatnya. Ini kerana pada suatu hari suami cerita yang dia ada merasa puding karamel di sebuah majlis.Sedap sangat katanya. Saya pantang kalau dengar ada makanan sedap, mesti berusaha cari cara dan cuba membuatnya.
Saya bertanya rakan-rakan yang tahu bagaimana cara membuatnya. Saya juga mencari resepi dalam internet. Pelbagai cara yang diajar. Puas juga saya mencuba. Dan hasil tidak memuaskan hati. Mungkin ada kesilapan saya yang tidak betul. Akhirnya saya menjumpai sebuah blog. Saya mengambil peluang bertanya teknik dan cara yang sebenarnya. Alhamdulillah dia senang hati ajar saya. Saya cuba dan terus cuba. Adalah dua kali saya mencuba resepi tersebut dàn dua kali menjadi. Hasilnya sangat baik dan memuaskan hati.
Saya berasa gembira kerana percubaan kali ini sangat berjaya. Apabila hasil yang diperoleh sangat memuaskan, saya jadi teruja untuk menjamu jiran terdekat. Alhamdulillah respon yang saya terima sangat baik. Tambah mengujakan semasa hari raya pertama di rumah emak, saya berpeluang menyediakan juadah ini. Rata-rata tetamu emak memuji keenakan hidangan pencuci mulut ini.
Tanpa saya sangka, dari situ saya mula mendapat tempahan. Syukur. Buat juga walaupun berkejaran dengan anak kecil. Sekejap intai puding , sekejap intai anak 2 orang ini. Jika dulu saya selalu bagi alasan tidak mahu menerima tempahan. Saya berasa susah dan terbatas dek kerana anak masih kecil. Tetapi saya percaya anak membawa rezeki. Selagi terdaya, lakukan sebaik mungkin. Bak kata emak, "Rezeki dah datang. Saja saja cuba dah boleh buat berniaga. "
Niat mula dengan sedekah menjamu orang makan, alhamdulillah Allah buka jalan lebih luas utk saya berniaga walaupun kecil-kecilan. Pesan suami, "Jangan risau, rezeki Allah yang bagi dan sudah ditetapkan untuk kita. Ada bahagian lebih, sedekah pada orang lain".
Semoga murah rezeki tuan empunya resepi.
Saya sedia menerima tempahan untuk sebarang majlis.
Whatssapp Aliza 0163334232.

Sunday, 27 September 2015
Semangat Belajar Masak
Semangat Belajar Masak
Teks : Aliza binti Idris
Foto : Aliza binti Idris"Dulu ambil kursus masakan ke? Masa belajar dulu, ambil jurusan kulinari ye?" . Itu adalah antara soalan yang sering diajukan kepada saya. Rata-rata pelanggan saya akan bertanya soalan ini. Ada yang pelik dan hairan kerana kata mereka, sepatutnya saya layak memegang jawatan yang lebih baik daripada menjalankan bisnes makanan ini. Ya, memang ada saudara-mara dan kenalan yang mempertikai keputusan saya untuk berhenti kerja dan menjalankan bisnes kecil-kecilan dari rumah.
Kadang-kala kata-kata sebegini menjadikan saya berasa rendah diri. Tetapi apabila memandang wajah tulus anak-anak, saya menjadi kuat untuk terus berada di rumah bersama mereka. Alhamdulillah, walaupun berada di rumah, saya masih boleh menjana pendapatan sendiri. Boleh dikatakan setiap hari saya menerima tempahan makanan daripada pelanggan baru dan pelanggan sedia ada.
Apabila terlibat dengan perniagaan makanan, sedikit sebanyak saya harus menambah skill yang ada. Saya bertuah mempunyai sedikit kebolehan dalam bidang masakan, hasil daripada tunjuk ajar ibu yang juga mahir dalam bidang masakan. Namun begitu, saya masih mencari peluang yang ada untuk pergi menuntut ilmu masakan bersama pakar.
Bak kata orang, carilah ilmu sebanyak mungkin kerana semakin kita belajar, semakin banyak yang belum kita tahu. Dan sebab itulah kita harus mencari dan menimba ilmu secara berterusan. Dalam bidang masakan, sebenarnya banyak tips dan petua akan diperoleh jika kita rajin bertanya.
Antara kelas masakan yang saya sertai seperti kelas roti, kelas continental kek, kelas makanan sejuk beku dan beberapa kelas masakan lain.
Lain cikgu, lain cara masaknya. Ditambah dengan perkongsian dari rakan kelas. Pelbagai ilmu baru dapat saya peroleh. Di samping itu juga dengan menyertai kelas dapat meluaskan rangkaian kenalan dan menambah pasaran.
Banyak kelebihan jika rajin belajar memasak. Dapat tambah ilmu dapat juga tambah kenalan. Apabila tambah kenalan, boleh juga kita risik-risik peluang luaskan pasaran. Mana tahu ada kenalan baru ingin berkongsi rezeki dengan kita, dapat juga kita tempahan makanan. Apa lagi, jom belajar masak.
Sedia menerima tempahan untuk sebarang majlis.
Hubungi saya Aliza
Whatssapp 0163334232
**Tempahan kek, pencuci mulut dan juadah utama.
Thursday, 6 August 2015
Tempahan demi tempahan
Tempahan demi tempahan
Teks : Aliza binti Idris
Foto : Aliza binti Idris
Apabila datang bulan Syawal, ramai antara kita yang teruja untuk mengadakan jamuan rumah terbuka. Bak kata orang tua, sama-sama kita berkongsi kegembiraan ini dengan menjemput tetamu datang ke rumah.
Alhamdulillah, murah rezeki saya dan keluarga. Saya menerima tempahan juadah jamuan rumah terbuka. Boleh dikatakan setiap hari saya mendapat tempahan dari rakan dan jiran. Ramai yang berpuas hati dengan rasa makanan yang saya sediakan. Ada juga pelanggan saya yang menempah untuk kali kedua dan ketiga.
Ini antara makanan yang saya sediakan. Terima kasih kepada pelanggan yang mempercayai produk saya.

Kek Coklat Moist
Creampuff
Puding Karamel
Kek Coklat Kukus
Frozen Makaroni
Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk nikmat rezeki ini.
Wednesday, 5 August 2015
Projek surirumah : Biskut Teddy bear comel
Projek surirumah : Biskut Teddy bear comel
Teks : Aliza binti Idris
Foto : Aliza binti Idris
Hari ini ada peluang untuk mencuba resepi baru. Apabila menjadi surirumah, macam-macam idea yang datang. Ada masa terluang, saya mesti menggunakannya sebaik mungkin. Dulu emak selalu berpesan, "Kalau dah kahwin, ada anak nanti, pandai-pandai curi masa siapkan kerja rumah. Jangan anak kita tidur, kita pun ikut sekali. Terbalik nanti rumah tu nanti. Rumah tak berkemas, baju tak berbasuh la jawabnya. "Apabila teringatkan pesanan emak, baru saya faham dengan leteran itu. Terima kasih emak.
Sebagai surirumah, masa sangat penting untuk diatur dan disusun sebaiknya. Bak kata orang dulu-dulu, " Kerja sebagai Surirumah takkan pernah habis". Tambahan pula jika harus dibahagikan dengan bisnes dan anak-anak. Jika berpeluang untuk menyelesaikan hal bisnes, selesaikan sesegera yang boleh. Seperti saya, jika ada tempahan katering, saya amat mementingkan pengurusan masa. Ragam anak kecil tidak boleh dijangka. Adakala menangis minta dipujuk, merengek minta diajak bermain.
Alhamdulillah ketika si kecil Auni tidur, cepat sahaja saya ke dapur. Teruja melihat resepi yang dikongsi oleh blogger mengenai makanan kudapan yang sesuai diberikan untuk bayi bermur 8 bulan. Bahan-bahannya sangat mudah. Dan semua ada dalam simpanan almari. Apa lagi, ke dapur la saya. Jom tengok hasil yang dapat saya siapkan.
Alhamdulillah, si kecil saya suka dengan rasa biskut ini. Semoga saya akan jadi lebih rajin dan bersemangat untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak. Inilah rezeki saya untuk melihat anak-anak membesar di hadapan saya. Di samping saya dapat meneruskan minat saya untuk berniaga. Semoga ibu di luar sana juga berpeluang seperti saya. Doa-doakan ya.

Wednesday, 29 July 2015
Memupuk minat , Mengembangkan potensi diri
Teks : Aliza binti Idris
Foto : Aliza binti Idris
Alhamdulillah, apabila si anak dara saya mula menunjukkam minat membantu di dapur, ada sahaja yang ditanya, " Ni apa umi?" , " Nak buat masak macam mana umi?". Kadangkala sampai tak terjawab soalan daripada anak sulung saya ini. Aleesya Humaira nama yang diberi suami saya. Keletah anak kecil berumur 4 tahun seringkali menduga kesabaran. Namun dialah peneman setia saya di dapur.
Bak kata seorang pakar motivasi kanak-kanak, anak kecil biasanya akan teruja untuk mencuba apa sahaja yang dilihat menarik. Waktu beginilah sebagai ibubapa memupuk dan mengasah minat anak-anak sesuai dengan tahap umur dan pemikirannya. Jika kita terlalu kerap melarang si anak daripada berbuat itu ini, dikhuatiri akan membantutkan tahap kecerdasan dan kecergasan si anak. Yang penting kita mesti memantau dan memberi tunjuk ajar sepanjang proses tumbesarannya.
Begitu juga halnya dalam mengembangkan minat dan potensi kita dalam kehidupan seharian. Kita sering berasa yang kita tidak ada langsung potensi diri yang boleh diketengahkan. Kita berasa malu untuk menonjolkan kebolehan diri. Sebagai contoh, anda seorang yang gemar bersolek. Anda mempunyai peralatan lengkap. Anda suka bereksperimen solekan-solekan di wajah sendiri. Anda menghadiri kelas solekan, belajar di Youtube, belajar tutorial di internet. Apa kata jika anda tawarkan potensi anda itu kepada rakan-rakan. Jika ada yang melangsungkan pertunangan, tawarkan khidmat solekan secara percuma. Mana tahu, itu permulaan anda mengembangkan kelebihan anda.
Jika anda berminat dalam membuat kek, apa kata cuba buatkan untuk diberi kepada jiran dan rakan. Minta mereka beri komen hasil air tangan anda itu. Mungkin selepas itu anda akan semakin berani mengambil tempahan. Langkah yang luas bermula dengan langkah yang kecil.
Yakin pada diri sendiri, tonjolkan kebolehan dan kelebihan yang ada ya.

Thursday, 9 July 2015
Jom kongsi resepi :Roti Hamlet Sardin
Teks : Aliza binti Idris
Foto : Aliza binti Idris
Roti hamlet sardin pengganti roti john.
Setiap kali tiba bulan Ramadhan, juadah ringkas yang biasa disajikan untuk berbuka ialah roti john. Campuran daging cincang dan telur untuk diletak pada roti sememangnya membangkitkan selera ketika lapar.
Tetapi kali ini, apa kata kita gantikan menu roti john kepada roti hamlet sardin. Pernah dengar roti hamlet sardin? Menu ini saya belajar ketika saya pulang ke kampung suami di Kelantan. Kata suami, Kelantan sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Ya, memang tidak boleh dinafikan negeri Kelantan adalah syurga makanan. Pilih sahaja. Macam-macam yang ada.
Jom saya kongsikan bahan-bahannya. Bahan yang ingin digunakan sangat mudah didapati. Kita perlukan:
Bahan-bahan :
Roti hotdog dibelah 2 * jangan sampai putus ye
Salad dan timun * untuk hiasan
Sos cili
Bahan-bahan inti :
1 tin kecil sardin
1 biji kentang dipotong dadu
1 biji telur
2 ulas bawang putih dihiris
Cara membuatnya :
Penyediaan inti.
1. Rebus seketika kentang yang telah dipotong dadu. Apabila siap, ketepikan.
2. Tumis bawang putih yang telah dihiris.
3. Masukkan sardin dan hancurkan sedikit.
4. Kemudian , masukkan kentang yang telah direbus.
Penyediaan roti.
1. Panaskan kuali leper dengan mentega.
2. Pukul sebiji telur dalam mangkuk.
3. Tuangkan telur atas kuali dan letakkan roti hotdog.
4. Setelah masak sapukan permukaan atas roti dengan mentega. Supaya nampak berkilat.
5. Kemudian letakkan timun dan salad.
6. Masukkan inti sardin tadi. Boleh letak sos jika suka.
Sedap dimakan ketika masih panas. Selamat mencuba.

Subscribe to:
Posts (Atom)